Saturday, August 29, 2009

Panmunjeom

Beria-ia planning nak melawat Panmunjeom, suddenly masa googling package paling murs that I can grab....

Click here to view a list of countries that are not permitted to visit Panmunjeom or that require an application of two-months or earlier. Please keep in mind that not all of those that apply will be given permission to tour the Panmunjeom area, however other tours of the DMZ area can be arranged.


Alahaiiiiii, kalau dah macam ni baiklah jangan pergi. Cari pasal je namanya, nanti langsung tak dapat pulang ke tanah air tercinta.

Thursday, August 27, 2009

While we were walking...

Chingu: Aini, do you like Korean drama?
Me: Yes, I do.
Chingu: What Korean drama have you watched?
Me: Hurm, Winter Sonata, Which Star Are You From, Full House, Stairway to Heaven, Autumn in My Heart...etc
Chingu: Wow. Korean drama must be very popular in your country. So which actor do you like the most?
Me: Kim Rae Won.
Chingu: I see. He's doing military service right now for 2 years until 2011. So we will not be able to see him for such a long time.
Me: Hah??? Prang,ketung, bang, buk, gedebushhh (That is exactly what my heart sounds like, mcm kena sembur with nitrogen gas, then crushed into a zillion pieces)

There goes my dream to bump into him here in Seoul, sighhhhhhhhh :(


Pic ripped from http://www.dramabeans.com

Tuesday, August 25, 2009

5 - 0

Well, what more can I say, Manchester United are just GREAT =)



courtesy of futboltube1@youtube.com

Saturday, August 22, 2009

Alkisah...

Rancangan asal ialah untuk ke Nami Island guna direct bus dari Insadong tapi sebab basnya cuma kul 9.30am sahaja, I know exactly memang tak sempat nak kejar sebab dah terbangun lambat. Jadi terpaksalah naik bas lompat2 dari East Seoul Station. Berbekal tahap keyakinan diri yang amat tinggi terus menuju ke subway station tanpa bertanya2. Bila dalam train baru sedar takde sebutir perkataan East Seoul Station pun dalam subway map tu. Aisehhh, long story short, berjaya jugak sampai ke station bas yang betul (Dongseoul rupanya, weng btol).

So lepas beli tiket bas untuk ke Gapyeong, I pun berdoa no more drama of the day (part mencari stesen bas dah cukup thrill ok), rupanya drama tak abis lagi. Ya ampun puas menunggu kat gate 36 tu, tak jugak dapat2 naik bas, puas dah menunggu ni almost 1 hr lah jugak, tapi bas yang sama dah 3 kali jalan. Pelik giler apsal si penjaga gate ni tak bagi kami yang tgh beratur ni naik, padahal org yg que tempat lain n lambat dr kami dah naik dulu. Takpe sabar lagi. Tiba bas ke-4 sampai, pun sama. Hangin dah satu badan, dah lah comm prob ngan Mr Gate n org2 sekeliling, dia tgk tiket I tak bagi naik jugak. Ok takpe, maybe route lain kut n mereka2 selain dr org line I dah start naik, still Mr Gate tak bagi my line naik lagi. Bas nak penuh n dah nak gerak, tetiba Mr Gate tgk tiket I lagi sekali trus koyakkan n suruh I naik bas. Semua ni berlaku sepantas kilat, punyalah tadi dia beria tak bagi naik, bas dah nak penuh br bg I naik. Utk org yg tak paham n tak reti cakap Korea ni nak maki pun dlm hati jelah kan, kalau tak mmg dah kena sepuk Mr Gate ni.

OK, naiklah, then guess what? Takde tmpt duduk. WTH???? From what I've read, it's gonna take about 1 hr to Gapyeong and with no seat, ohhhh boy so NONO. Dah lah driver kat sini memang horror tahap gaban. Before I can even turn to say to the driver I xde seat, bas pun dah selamat jalan, ya ampun, terjadilah satu lagi drama. Tekalah kat mana I duduk? Yang terbaik, ala2 tangga nak g seat belakang sekali celah2 kaki org tu. Memang kalau bas ni buat emergency brake, I org yg pertama akan terhumban ke depan. Aunty yg duduk kat atas tu sgt risau benar kalau I tergolek n dia mmg selalu pegang bahu atau minta I pegang mana available handle supaya tak tergolek. Baik tol aunty ni. Ok, dah separuh jalan tetiba budak ala2 duduk sebelah tegur and finally ada jugak org yg bleh ditanyakan btol ke bas yg I naik ni. Nasib baik bas betol, legaaa. Nama budak ni Meen.

Lepas 2 jam br smpi Gapyeong, thanks to the traffic kerana telah memendekkan masa aku nak meronda-ronda. Ok, smpi Gapyeong nak kena amik another bus or taxi. When I get off the bus, neither Nami-bus nor taxi is available and Meen's friend said that maybe I have to wait for 30mins or more untuk g sana. Ohhhh nooo nooo I do not dare to waste anymore of my precious time. Mau nak tertonggeng aku kalau tunggu lama lagi, dan tiba-tiba Meen's friend offer untuk hantar ke Gapyeong wharf. Tanpa pikir panjang, trus bersetuju (pikir2 balik, berani giler ar kan, tapi no choice beb)

Akhirnya berjaya menaiki ferry ke Nami Island. Pheuwww. Nami Island was beautiful tapi ramai gils org. After 2 hrs strolling the whole island, I've got to rush back to the wharf pasal nak kejar direct bus to Insadong (pasal sumpah aku takmo naik dah bas dr Gapyeong, struggle giler beb kang ntah apa2 plak jadi). Bas ke Insadong leh amik trus dr wharf tu, tp dia gerak kul 4pm so kena cepat2 takut tertinggal. Alhamdullilah sempat naik bas tu. Lega tak perlu tukar-tukar bas lagi.

Thought boleh sampai Insadong kul 5pm, tp jalan ya ampun jam bangat, so sampai sana dekat2 6.15pm dan diturunkan kat area mana ntah, jadi 2 kali tanya2 br dpt cari subway station. Kalau dah jumpa subway dah takde masalah. Then, went straight to Itaewon(again) for Iftar. After so much struggling and mind torturing, I think this is the best time to indulge in good food. Abis makan, trus balik hotel, mandi, solat and now I'm gonna go to sleep. Need to rejuvenate, esok nak jalan lagi. Where to? Nanti akan diceritakan. Doakanlah perjalanan kali ni lancar yer. Until I do, annyeong-hamsanika


Me@Nami: Special thanks to Miss-Trip :)

p/s: Gorgeous kan? I know...

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

source: www.gferro.com


Thursday, August 20, 2009

Annyeonghaseyo

As some of you may know, currently I away from my lovely hometown, family n friends for 3-week training in Seoul. 3 weeks babe, takdelah lama mana kan? hahaha Setakat ini semuanya bagus, the staff are so baik, memang baik bangatlah =)

Semalam selepas kerja, meronda-ronda Nam Dae Mun, tapi kebanyakkan kedai dah tutup. Tapi kuteruskan berjalan-jalan, buat spot kedai2 yang menarik senang untuk kunjungan akan datang. Selepas itu, berjalan terus ke MyeongDong another shopping town yang happening. Tapi jalan jelah, beli nanti-nantilah kuts. Setakat ini, selain dua tempat di atas, dah jugak berjaya melawat kawasan Itaewon dan Dong Dae Mun.

Kata my dear friend, kat sini mmg selamat kalau nak jalan sorang-sorang. Alhamdullilah setakat ni ok sahaja. Yang tak bestnya part nak bergambar je kalau sorang2 ni. Untuk episod berjalan seterusnya, kena jugak usung tripod yang telah menyebabkan berat bagasiku extra 2 kilo tu. Kalau tak, sah mmg xde gambar diri sendiri yang comel di Seoul, Soul of Asia ni. Mana boleh, rugi2...


Jadi ini dulu untuk jam ini. Will update more later k. Annyeonghi-gaseyo :)

Friday, August 7, 2009

Asia Essentials Soft Launch Party

Event: Asia Essentials Soft Launch Party
Venue: PJ8 Service Suites
Date: 25th July 2009

So here it goes...

~Luvly Us~







eee, apakah itu Hawa?


Ya ampun, seronok bangat tak tahan. Paling best jumpa Adam, Hannah n Sophie. Hurm, there will be another pot-lucking coming up this Saturday at rumah baru rakan kami. So, c ya!!!

p/s: Click here for more info on asiaessentials :)

Sunday, August 2, 2009

It's August peeps...

Nak update but honestly speaking, I have no idea on where to start... Inilah akibat tertangguh proses mengupdate, hey it's not my fault (blame it on the internet connection, same reason all over again). Ini ada yang buat ala2 entry si Hawa, macam menarik jugak, gabungkan saje sumer cerita dalam satu entry, good idea heh? hahaha taklah, aktivitas Julai adalah sangat menarik jadi akan saya updatekan satu persatu ye.

Btw, August is gonna be another interesting month. Reason being...

- Next week is my luvly sister convocation day, I'm very excited and can't wait for the family photo session (pasal baju saya sangat lawa tak tahan) and yes... she's turning 25 in couples of days (babe, puasalah so no big party this year ye)

- InsyaAllah kalau xde aral melintang, I'm going on 3-week training... ABROAD

- I'm all by myself AGAIN here in the office (i foresee chaotic-plus-miserable-life so peeps, jgn cari hal ngan i yer)

dan banyak lagilah aktivitinya... So gotta go now, will update later ya :D

 
design by suckmylolly.com