Sunday, July 28, 2013

Hello 2013 (better late than never... ahaks!)

Hi uolss,


I know u miss me.. i miss you guys too ^-^

i know i know...azam untuk sentiasa update blog tak terlaksana..kalau ada KPI gagal terus

bukan sengaja tak mahu update, tapi saya tak selalu ada akses internet *lame*.. ok saya tak sempat nak edit gambar *super-lame*.... oookkkk saya teramat busy **extremely lame** ahaks

seriously i have lots of stories to share with all of you..but all are still in draft mode. When time permit i will try my best to upload one by one, kalau tak rajin... ermmm saya buat rumusan je lah hiks

ok i really got to go now...

while wating for my next entry, dengarlah lagu-lagu ini.. antara yang suka didengar sekarang..nak post lagu raya awal sangat pulop..enjoy







till my next post, toodles!!!!!




Sunday, June 10, 2012

Debs 8th Marathon: The 'Top 6' Edition ;p

Hi peeps,

Now we're in the second half of 2012 and i'm such a bummer (still) on keeping this blog up-to-date. I need a serious help here. I mean it, Seriously! Ok mari sambung cerita.....

yeay!!! (credit: Rozmi)
2 weeks ago, I ran my 8th Marathon, 6th Hatyai International Marathon. Berkenaan Hatyai Marathon, it was a very well organised event. So far pengalaman berlari di Thailand semuanya best.  Water station setiap 2km, ada sirap, ORS (kut) dan ais-mineral yang tak pernah kurang sejuk walaupun matahari dah tegak atas kepala. Event di Hatyai ni takdelah ramai beno yang masuknya tapi tetap meriah. Diarak dari stadium ke starting point dengan iringan BrassBand lagi memang sangat awesome! Tu belum lagi tang depa bagi free carboloading session sebelum race day. Free flow nasi putih, telur dadar, sayur campur, ayam kicap, masak lemak apa ntah memang lazat dan amat best. Tak perlu nak tunjuk-tunjuk bib ke kupon bagai, macam kenduri satu kampung boleh datang makan dan makanan tu cukup jer takde siapa bising-bising.
@Pudu Sentral (credit: Erni)

@ Sadao (credit: Aiman)

sikit lagi nak sampai (credit: Azrul)


kami dah register (credit: Ruby)

nampak tak susunan trophy kat atas tu ;p

carbo-loading session :)


In terms of preparation, saya masih gagal dalam misi melengkapkan LSD 30km. The highest mileage untuk LSD selepas ENR ialah 20.5km (giler!). But i managed to maintain a 40-50km/week (note: recommended weekly mileage is 70km, teruklah  saya ini) tapi ini adalah pencapaian terbaik saya sebab sebelum-sebelum ini  weekly mileage saya dalam 20-25km sahaja ;p


gud morning *nervous!*

stretching (credit: Rustam)

@ sebelum start (Credit: Misni)

after 24km (credit: Dondang Ida)

Berkenaan larian, erm Misi Sub-6 gagal! Oh boy, selepas 8 marathon, to finish in 6 hours  it is still one hell of a job for me. errmm kalau training gaya-gaya tak cukup jer memang padanlah muka kan hehehe Oh tapi di Hatyai saya berjaya berlari 30km dalam 4jam *lompat*.  Kalau dihitung seperti mampu nak sub-6 but nahhhh, it took me 2:15 freaking hours to cover the final 12km *slap forehead*.  Dahlah final 12km tu cuaca bangat amat, maka kesannya saya dah gelap amat!

Ruby seperti biasa hehe ;p

lompat.lompat

I ended up finishing my 8th marathon in 6:14:25. PB bukan, PW pun bukan. Untuk kategori saya, trophy diberi sampai tempat ketujuh jadinya despite my snail-labi-labi-pace, sukacita diumumkan saya berjaya mendapat tempat ke-enam *wehooooo!*.  Untung ada 6 orang je dalam kategori saya maka dengan itu layaklah saya mendapat trophy ini *gelak sampai keluar air mata*. Eh tapi trophy tak dapat lagi pada saya (panjang alkisahnya) jadi sekarang tengah tunggu dengan penuh debaran kiriman khas dari TomyamLand ini sampai ;p 

tadaaa.... hehe
 
Jadi pengalaman berlari di Thailand kali ini pun memang sangat sweet gitu (sebab dapat trophy) and now i'm sooo looking forward to the next marathon in TomyamLand.  Oklah tu je dulu, trophy sampai saya post gambar ok. Till my next post, toodles.

Thursday, May 3, 2012

An amazing bond

Luvly Us

Miss E is not only my sister, but she's my bestfriend. Maybe because we were just 1 year and 7 months apart, memang tak bisa dipisahkan. We went to the same primary school, lepas tu high school  tak sama sebab saya kena masuk sekolah yang amat jauh, tapi setiap kali dapat balik rumah on weekend pasti ada je aktiviti si dua beradik ini. Lepas tu masuk sama Matriculation Center, tak cukup tu sama Universiti lagi.  Oh not only that we were in the same Uni, sama department lagi tau *slap forehead*.


cute kan? tengok baju.. sama hehe
i think this is our very first 5km race from Padang Timur, PJ. Wakil rumah Merah tau :)
wakil rumah Kuning. Gaya sama sampai besaq!

rewardnya ialah air oren ;p

nak kena pergi sekolah ke?

Kami nak naik rollercoaster but lil bro nak jugak masuk ToonTown untuk naik Cawan Pusing (rasa nak sepuk tak?)

sejuk bangat time ini

For 28 years, inilah dia teman susah senang bersama saya. We share the same interests; we love running, we love extreme sports, we love travelling etc Jadi banyak benda yang menyeronokkan dilakukan bersama. Tipulah kalau saya cakap kami tak bergaduh, selalu juga berperang (and this tiny fella sometimes menggunakan kekerasan ke atas kakaknya, seriously i'm not joking!), in fact tadi pun bergaduh lagi tapi biasalah gaduh-gaduh pon pasti akan berbaik balik :-)

first time datang sini dan balik KL naik keretapi (ada alkisah hehe)

our first trip together
Pulau Kapas trip :)

Bali trip yang penuh Drama ;p

at Movie World _ urghh gemoks!
Man Utd vs Harimau Malaya
towerthon - Ms E laju giler!

our first and Ms E only Marathon :)

the Cranberries concert 2012

Boria Raya 2011

As we all know, my luvly sister Ms E is getting married tomorrow. How time flies kan? It feels just like yesterday she came home and excitedly showed me 'the ring' on her finger. Oh-Em-Gee, the wedding is happening for real!!! super seronok *lompat*

Walaupun saya amat teruja dengan majlis ini, tapi deep down inside saya ada rasa seperti i'm losing a part of me and it just makes me sad. Eh but don't get me wrong,  I'm extremely happy for her, it's just that maybe we've been sooooooooooo close lantas memikirkan keadaan dah takde teman guling-lompat-menggila-malam-malam macam sedih. Tu je.  I know air dicincang tak akan putus, we'll be sisters forever tapi somehow things will never be the same. For instance, dah takde baju boria untuk raya lagi. It's has been our tradition for 28 years jadi mestilah rasa pelik kan bila raya tak pakai baju sama-sama. Itu contoh je lah, the small small thingy yang bisa membuat saya rasa sebak (emo i know!) Rasa macam nak cakap: oh-dzul-please-let-us-wear-the-same-baju-kurung-for-raya (sambil buat muka cute seperti Puss in Boots). I'm just saying je, takdenya nak buat..kalau betul buat dah tahap cacat mental dah tu kan?

the majlis merisik
Ms E's Bachelorette Party

I'm fortunate that i have an amazing bond with my sister and I'm so thankful for that.  I really wish that one fine day when i have children on my own, they will also have a special bond just like us. Ms E if you're reading this (ehem i know you do read my blog), i just want you to know that I love you sooooooooooooooooooo much.  (Oh about being your kids Nanny untuk you dan Dzul pergi bergembira, saya belum sign agreement okay. Buat masa ini, it's still NO!!!! Thanks for e offer anyway)  ;p
 
Jadi selepas ini kurang teman sepergaduhan saya. Nak kena berperang dengan Miki jelah ni *yeaaahhhh!*. Ok, that's all for now. akan update pasal wedding bila saya berkesempatan nanti yer. Till my next post, toodles :)

Friday, April 27, 2012

Deb's 7th Marathon: ENR 2012 - I Survived!

gorgeous (credit: Abg Din)

Hello peeps. Pheuww punyalah lama tak hupdate blog, baru perasan Blogger dah berwajah baru haha, teruk kan, sampai tahap macam tu sekali. There's so much that i wanted to blog about but seriously bila rasa nak menulis, the mood goes away..yeap it goes away just like that. Oh in case you didnt know, my lovely and only sister, Ms E is getting married soon - 7 days to be exact and i'm swamped with all the wedding preparations. Kesibukkan itu juga adalah faktor penyumbang kepada kekurangan masa saya untuk mengupdate blog hehe.


the route hmm


So enough kata-kata pembuka, let's get back to business *cewaah*. Last Saturday, I ran my 7th Marathon - Energizer Night Race 2012. Walaupun 7 nampak seperti banyak tapi nervousnya hanya tuhan yang tahu. Nak-nak pulak dengan Larian Serba Tak Kena dari "Brooks, KEC, Shapadu dan Larian Bendang" lebih menguatkan lagi typhoon kat dalam jantung ni *peluh*.


with Cik Ruby
kita bergambar dulu
Hanim officially a Marathoner *high five* :)


Uncle Oliver pon ada *respect!*

We arrived at SIC at around 5.30pm. Lucky us, berjaya mendapatkan parking spot edisi khas yang amat dekat dengan entrance SIC *yeay*.  Makan sikit-sikit, ambil gambar banyak-banyak dan siap apa-apa yang patut. Tak sempat mengkaji route but all i know is i have to run 5 outer loops of SIC. yeap 5 freaking loops. and  so just you know, saya amat kalah dengan loop-loop ini, very-very-very bad indeed - mental tak kuat dowh.  Ntah apalah yang meracun fikiran saya sehingga ter-register category ini ermm  'ter' lah sangat ;p. According to ENR webpage, there's only 500 spots for Marathon category. Sikitnya!!  Harapan saya, janganlah  diescort lagi *amin*. Sudah amat femes masa PNM huhu


gambar lagi (credit:Kam)
asal nampak kamera haha ;p

Flagged off at 8pm. Mula berlari dalam trek SIC yang bosan itu. Saya berlari amat perlahan sehinggakan ada yang jerit "Aini, lari laju sikit" haha kepada siapa yang jerit itu, tidaklah mampu saya nak lari laju-laju, masa tu 2km pon tak lepas lagi. Oh target race ini ialah untuk habis sahaja, lari malam biasanya amat sukar, untuk sayalah.  Ok sambung kepada larian, rasa macam berzaman lari dalam circuit tapi kenapa tak keluar-keluar ni? Gagahkan juga berlari dan sebaik sahaja melepasi tunnel, yeay dah keluar pon dari circuit. Maka bermulalah azab berlari berpusingan ini. 

approaching Kedai Runcit Lily & Kak Ida

The first two loops was a struggle -  mentally.  After 18km, i gulped my first and only gel - tiba-tiba berasa sangat tak sedap badan and i find it hard to even brisk walking. So i decided to rest for a while bertafakur memikir apa nak dibuat untuk berasa ok dan bisa berlari kembali. Okay kaedah penyembuhan berjaya dikesan dan  Alhamdulillah, everything went well after that. I can run again *yeay*. Tak lama lepas itu, rasa lapar amatlah pulak *slap forehead*. Nak makan apakah? Gel - oh tidak, amat tidak lalu sekali. Thank God, jumpa Alexi and he offered me a cup of ice coke *heaven*. Coke is the greatest invention on the planet for a marathon. It never fails me - since i ran my first marathon, it gives me instant energy boosters after long godly hours of running, dah tu selalu lari tahap 8jam mestilah capek kan hahaha.  Dekat kedai Alexi, saya juga makan anggur dan tembikai hehe.  Okay dah bertenaga, boleh lari balik. Alexi's Kedai Runcit is only 2km away to the Check Point , and about 800m to CP kena mendaki bukit yang tak berapa nak tinggi tapi cukup menyentap jiwa raga *adoii*, apa lagi lari separuh je pastu jalan sampai atas *booo!*. On my 3rd loop saya dah boleh adapt the  idea of lari berpusing-pusing dan tak sabar nak habiskan loops ini.


muka sememeh dowh!!!

Masa lari -lari loop ini, i prefer berlari dekat area hutan yang gelap gelita tu, bila jumpa jalan besar dah tak syioks sebab panas. On my 4th loop, had half can of cold coke at Kedai Runcit Kak Ida n Lily. Setengah je tapi cukup untuk bertahan sampai ke CP. Grabbed my 4th ribbon and yeay, i'm on my final loop babeh - finally kan? Lari sampai jumpa Kak Ida, ambil coke (kan ada lagi setengah tin), brisk walking sambil menikmati coke dan booom, sambung lari terkedek-kedek balik. Lari lari lari (not all the way tho) - and i'm extremely happy when i crossed CP and received green ribbon which indicates that i'm done with this psychotic loop *hoyeahh*. 6km left, let's do it!
Coke!!! (setengah je dulu hehe) (credit:Zas)

Ingat terus masuk circuit, rupanya tidak!!! Kenapa baru tahu ada middle loop plak ini? and of course tak senang dowh!  Bukit bukau jugak macam harem rasa dah menangis lutut wa time ni. Ada satu part ni, bukit tinggi amat sampai nampak sayup lampu kat atas puncak tu hurmm  jalan ajelah lol. After 4 freaking long km baru masuk balik dalam circuit. Tak senang jugak!!!!!!! 2 km je to finishing line tapi mak aiiiiiiiii super-bosan and i swear inilah 2km paling jauh yang pernah saya berlari. Mental amat! Barulah nak menghargai route kat luar tadi huhuuu

300m to finishing line (credit: Victor)

300m to go - tengok jam, eh ini macam boleh habis within 6hours lah..so i upped my pace (choiii, boleh lah pulak nak laju kan?) and yes, i did it!!!  i finished in 5:57 - a sub 6 yo *lompat lompat lompat*. A sub 6 night marathon *pat pat shoulder* (night marathon is supertough!) It's not a PB tho but after all that i went through before ENR all i can say is that i'm so proud of myself. Perasaanya enak sekali ibarat Tatsuo-JoonSik memenangi Olympic Marathon gitu *over i know!* ;p. 

Here's my official result: 


Official Time: 5:57:11
Net Time: 5:56:59
Rank Overall:  262/362
Rank Women: 27/42
Rank Category: 17/28




dah sampai *hoyeahhh*, now where's my medal?
dapat medal terus tersadai *peace* (credit: Kak Ida)

with my precious :D
okay tukar background(credit: Amirul)

okay semua berjaya *lompat lompat*

celebratory dinner ENR & Bali :)

Begitulah alkisah Energizer Night Race 2012 saya. Credit time, to Kak Ida, Sulily and Alexi - thank you very-very much menjadi penunggu dan penyokong setia kami yang berlari ini, dan semua yang memberi sokongan ketika berlari (dan berjalan) saya amat hargainya. Ok sekarang saya nak sambung ikat riben kat goodies, Ms E dah beri jelingan tajam tu. Till my next post, toodles!

 
design by suckmylolly.com