Monday, May 23, 2011

Borneo Holly Holly-day: Part 1

Holla peeps!

Akhirnya dapat jugak pergi holly holliday di KK. Actually, the main reason ke KK ialah untuk berlari-lari di sana. Well, both of us telah secara sengaja mendaftarkan diri untuk berlari sejauh 21km kat Borneo International Marathon. So alang-alang pergi takkan nak berlari je kan, mestilah ada aktivitas lain yang diselitkan hehe

Our flight to KK 1 jam lambat sebab kapal terbang 'rosak'.  Kena bergegas tukar gate utk boarding. Alhamdullilah, perjalanan lancar. After 2 and half hours sampai jugak KK *yeay*. Oleh kerana terlupa nak book complimentary airport pick-up terpaksa naik teksi ke Borneo Backpackers. Tambangnya RM30 untuk jarak yang tak sampai 20 minit pun (mahal kan?).  Sampai hostel, letak bag dalam bilik dan sesi makan bermula di kedai 'lupa-namalah'.. hehe After lunch, went back to hostel, take a nap and next off we go to Dewan Masyarakat KK for race kit collection. Sangat dekat dengan hostel, jadi jalan jelah tak sampai 5 minit pun :)


BIM Race Kit Collection Center

The Running Sister @ KK


Miss E sedang beratur


Kenapa rupa Sab sangat sengal?

Lepas collect bib and stuff maka aktiviti jalan-jalan pusing KK city bermula. Alahai takde kemana sangat pun, mula-mula ingat nak cari 'Sabah Tea: Pearl Milktea' tetapi rupanya kedai tu dah tutup *frust tertonggeng*. Milktea tu memang yang terbaiklah, so sesape yang tahu lokasi terkini 'Sabah Tea: Pearl Milktea' tolong roger okeh? Kami berhenti minum kat belakang Filipino Market.. bukan main meriah aktiviti minum petang ini..


Macaroni dalam ABC

Murtabak Sabah


This is our peberet!!! RM2 jer per pack.. every visit to KK tak pernah miss lagi :)


Malam tu dinner dinner @Gaya street.. lupa lagi nama kedai tu sebab dah lapar sangat..so fokus utama ialah makan dan makan semata hahaha.. lepas makan trus balik sebab esok nak kena bangun awal untuk aktiviti yang sangat best..... so after less than 4 hours sleep, woke up and get ready for our long awaited activity... Padas Water Rafting... yebedabedu!!! Sangat excited okeh! Kami ambil package dari Travelmate Holidays masa Matta Fair dapat RM165/pax which i think agak murah dari lain-lain ;) 

Wavehunters datang amik kami kat hostel pukul 7.30am. Lepas tu pick-up lagi 2 couple then straight to Tenom Town untuk naik train ke Padas. Adoii journeynya lama sungguh almost 3 hours ke Tenom dengan jalan berbukit bukau.  On d way berhenti kejap dekat Stesen Banjaran Crocker. First time kami sampai sini! sangat sejuk maklumlah altitud tinggi haha


Wavehunters

Saya nak ke Tenom

Cafeteria

Miss E

Saya dah sampai Banjaran Crocker!

Sampai Tenom Town, lunch were served and we ate like a madcow. Lapar gilos okeh, dari pagi tak makan plus kena kumpul energy untuk aktivitas kejap lagi...

Miss E dah tak pandang orang lain

Our Lunch


Lepas makan, kami bersiap  tukar-tukar pakaian yang sesuai lantas terus ke Station Keretapi Tenom. So inilah keretapi yang kami akan naik... tapi kabin kami bukan yang ini yer......





tetapi yang ini.... hahaha giler kabin kelas ketiga.. sebabnya kami lambat dan kabin berbumbung dah penuh, terpaksalah berpanas berpeluh-peluh duduk kat belakang gerabak barang ini.. sedih dowh! duduk beralaskan papan jer...
panas okeh!!

Miss E tak tahu nak dok mana


dapat jugak duduk tapi  *panas vonts* ok!!


air yang tenang jangan disangka tiada rapid!


kami yang dibelakang

Lepas almost 45 minutes, akhirnya sampailah kami di Station Pangi. Sinilah starting point untuk water rafting adventure ini.  Mula-mula duduk saje-saje sambil minum air dan makan tembikai *syioks tatkala panas*, lepas tu kami dipanggil untuk mengambil safety jacket dan helmet masing-masing. Dah amik, terus kena pegi dengar safety briefing. kelakar gilos mamat ini, tapi kadang-kadang rasa nak sepuk je ngan paddle haha. At about 2.30pm barulah kami memulakan aktiviti ni rafting, agaks lambatlah jugak... sorry gambar nak start xde, kamera tak waterproof so dah kena simpan dalam bag huhu


@Pangi Station

masa ni dah tak reti dok diam

aiks topi ni kecik ke? *ermmm ke muka u dah bulats?* haha


safety briefing

all geared up!!!
Maka bermulalah aktiviti rafting. Gambar yang kat bawah ni masing-masing baru  masuk raft jadi semua dok tersengih lagi... jap lagi ada yang nak menangis pun ada hahaha. Guide kami namanya Antin bagitau ada 7  big rapid namely Merry-Go-Round Rapid, Break Point Rapid, Scooby Doo Rapid, Cobra Rapid, Curve Rapid, Lambada Rapid and Head Hunter Rapid. Wohaaaaaa, memang dasat sedasat namanya..

off we go


okay, everybody  paddle forward... forward..forward.. huwaaaaaaaaaa






wooooooooooaaaaaaaaa!!!!!

lepas 1 jam berhenti kejap. Masa untuk minum-minum dan menambah tenaga. Ada 100+, mineral water, oreo, dan segala macam snack. lapar kot... macam tak cukup-cukup 

9 orang kat dalam ni


100+ for me

Miss Jalan Keretapi

halfway done!

lepas rehat-rehat dalam 30 minit, maka pengembaraan diteruskan. Rapid kali ni ntah apa nama memang excellent! Amik ko, tergolek semua orang. We were lucky, our raft didn't capsize throughout the journey. kalau tak fanik jugek kot. Ada 3 raft yang terbalik, memang seram tengoknya.  dahlah tetiba  hujan plak.. so rapid memang agak dasat.

ready, ready...

hoyeahhh!!

Wow, after the last extreme rapid, we were allowed to masuk kat sungai tu untuk kali terakhir. Masing-masing tak menyempat terus terjun *gedebush* and i tell you memang sangat best. sungai yang sangat sejuk dan langsung tak pikir benda lain.. kalau sendiri nak terjun berenang kat situ uishhh takdelah den nak buek.. hilang akai apo!!  tengah -tengah berenang, guide bagitau.. everybody, there is a small rapid in front of you... ohh small jer, glup glup tertelan air sungai aku kat situ, small kebende, tenggelam timbul i ngan Miss E hahaha orang lain pun sama, tapi semua selamat. Lepas berendam di bawa arus sungai dekat-dekat 15 minit, kena naik balik atas raft. Sampai di pull out point, semua kena turun raft dan kena naik speedboat (ala-ala sampan laju kat Sarawak tu) ke Stesen Keretapi Halogiat. Lebih kurang 5.00pm akhirnya sampai Halogiat, buka semua equipments dan menunggulah kami keretapi untuk ke Beaufort. Kena cepat-cepat sebab depa bagitau last train is at 5.30pm.


menunggu train dalam basah kuyup


Masa sampai dekat pull out point, hujan memang dah lebat sangat. Sebab memang dah basah jeruk, bila hujan pun takdelah rasa apa sangat sebab pikir tak lama lagi nak sampai Beaufort dan boleh tukar baju. Oh, tidak!!!! Oleh kerana orang terlalu ramai, train 5.30pm tak dapat menampung kami semua ini.. dan cuma ada train saja yang boleh patah balik ke sini makanya kami kena tunggu train ni datang balik dari Beaufort jadi kira-kiranya sejam jugak menunggu train dengan penuh kesejukkan dan kelaparan. Sedih giler, duit hatta 10sen pun takde, semua dalam bag kat dalam van kat Beaufort jadi masing-masing pun tahan jelah bau Milo panas kat kedai runcit station tu.... lepas puas menunggu akhirnya train pun sampai, cepat-cepat naik *mode kiasu* sebab nak duduk hahaha

akhirnya sampai juga train ni


Lebih kurang 30minit, finally sampai jugak Beaufort. Nampak van, terus berlari-lari amik bag baju, tukar baju cepat-cepat. kat sini group kami memang sangat pantas sebab lepas tu kena beratur panjang untuk masuk toilet hahahaha.. From Beaufort to KK lebih kurang 1 jam 30 minit. Sampai KK lebih kurang 9.15pm. Disebabkan lambat sampai, tak sempat nak berpasta party huhu  So kami minta van dropkan kami di Filipino market sebab kami mahu carbo-load  maaa. Lapar tahap gaban!  Masa ini Sayap-sayap memang makanan paling lahzat kat sini... Makan 5 sayap sorang :)


sayap-sayap

sibuk membuat laporan kepada pokcik gems!

Lepas makan, terus berjalan balik ke hostel. Lebih kurang pukul 10.30pm akhirnya sampai jugak hostel. Lepas mandi, siap-siap perkakasan berlari terus tido.. kepengsanan kami berdua, dari pagi keluar malam baru balik..lepas tu dapat tido sekejap jer sebab kul 2am dah nak kena bangun.... dan seksanya nak berlari Half Marathon *huwarghhhhh*. Miss E janganlah ajak buat benda gilos lagi wey!!! So Borneo Marathon coming up next. Till my next post, toodles!

0 comments:

 
design by suckmylolly.com