Thursday, October 6, 2011

I'm the Princess of the Road...

 
Sesungguhnya saya amat tidak bersedia untuk event ini. Reason being, lepas RJM otot- otot kaki minta berehat (read: saya malas!) lol. Kemudian pulak, kat rumah sibuk mengemas untuk Majlis Khas Miss E so 2 nights prior KOTR saya hanya dapat tido 2 jam sahaja untuk setiap malam. Memang mata sudah berlebam seperti Burung Antoo. Tapi sebab saya tak mahu miss all the excitements berlari dekat highway (bila lagi nak jadi Princess kat highway kan?) saya gagahkan jugalah.

Hari kejadian, i left home at around 3.30am. Nak parking dekat punya pasal tapi bodolah, 4.15am marshal dah tak bagi masuk area pyramid. WTH lah kan???? Sepatutnya after 5am yang tak boleh masuk area tu...geram btol.. memang sampai sudah tak dibaginya lalu..so terpaksa buat pusingan JAUH untuk park dekat area Mentari Sunway *pfftttttt*

Luckily dapat parking dekat depat OTWC, so takdelah menapak jauh sangat, 10 minutes later, Ruby sampai. Uish kalau tak berdebar jugak dok sorang-sorang kat situ. Tetiba saya berasa sangat lapar. LAPAR! oh ye baru teringat, the last meal i had was a plate of salads and 2 scoops of ice-cream at Serina's reception. Padanlah lapar giler. Tengok jam baru pukul 4.45am and flag-off ialah pada pukul 6.45am.. sooooo terus saya membeli Benjo dan makan *PUAS HATI*.. baru rasa lega perutku..perasaannya enak sekali hehe




Lepas makan, siap siap dan berjalanlah kami ke Sunway Pyramid. Sempat bergambar bagai dan off untuk deposit baggage. Sejurus selepas itu, saya terus ada misi untuk larian ini..

Misi: to finished e race before 10.30am.

Reason: after 10.30am counter baggage tutup!

At least ada jugak misinya kan? hehe so lepas tu sempat bergambar dan berborak dengan muka-muka biasa... lepas tu terus ke starting point. sementara menunggu flag off, masyaAllah, sangat mengantuk dan letih! masa nilah nak menyumpah diri sendiri sebab register 16.8km. tapi dah terlambat pon nak tarik diri jadi redahkan ajer lah.. dan sambil itu berdoa jugak supaya tiada lagi rekod dunia dicatatkan *Amin*

pose untuk camera Tey (credit: Tey)


Untuk mencapai target sampai sebelum 10.30am, plannya ialah untuk berlari selow melow tapi kalau tak larat berjalan.. dan memang itulah yang saya lakukan. larian yang sangat santai dan saya sangat enjoy. no pressure at all.. uiks tapi memang penat dan terpaksa makan 2 Gu-Gel (kalau tak nak jalan pon tak larat wey!). Sampai km 10 terjumpa Uncle Onn..borak-borak dan dia bagi Pulut Panggang untuk dimakan. Yes, pulut panggang no joke man!!!! Sedap you hehehe. after 12km terjumpa Erni, borak-borak dan bergambar dan sesungguhnya saya tak mampu nak follow pace dia.. laju gilos!

gambar lagi (credit: Erni)

sikit lagi sikit lagi (credit: James)


 


My run-walk pace diteruskan till km 15. After 15k, decided to run all e way to e finishing line. Akhirnya, berjaya juga menamatkan acara ini.. lega sungguh! 2:12:29 takdelah teruks sangat kan untuk 16.8km?  dan misi tamat sebelum 10.30am berjaya *lompat lompat*

yeay dah sampai (credit: Leong)

oh letihnya saya lol
Acara selepas berlari apa lagi melepak dan ber-cam-u-know-what hehehehe.. dah puas melepak lepak, and yes rupanya telah terlepas MILO *dang!*. Jadi meneruskan aktiviti breakfast kat Subaidah. Tapi tak lepak lama pon, kena cepat-cepat balik kalau ada ada yang kena penyepuk dengan Mak nanti lol


us (credit: Ruby)



suke jugak gambar dgn kereta polis ini (credit: Erni)

2 mineral, 1 banana and a Medal :) (credit: Mawar)



overall, saya happy berlari! so till my next post, toodles!!! :))

2 comments:

arman said...

tahniah..

update muar xda ka..?

Luvly Me said...

Hi Arman

Thanks.. Muar?? sedang dikemaskini hihi

 
design by suckmylolly.com