|
(credit Ruby) |
My first 5pm race ever dan event ini adalah sehari sebelum Hari Raya Aidiladha. Orang sibuk-sibuk siap nak raya, saya sibok nak berlari.. Mak bagitahu tahun ini akan beraya kat kampung dan akan bertolak petang Sabtu. hurm so rasanya probability untuk DNS event ini adalah 90%. At 2.30pm, Mak inform tak jadi balik petang, akan bertolak malam and that my friend my Green Light untuk berlari di Klang *yeay*
|
sebelum lari Team Salomon lompat dulu hehe (credit: Luvis) |
Sampai Klang lebih kurang 4.00pm, orang tak ramai pon tapi yang ada tu semuanya yang laju (read: elite runners). adoii ini seperti berpotensi menjadi peserta yang di-escort lagi dong *seram*. Weather masa ni sangat panas. Sementara menunggu start, biasalah warm-up cara kami lah.. apa lagi kalau bukan berborak dengan bergambar ngeh ngeh ngeh.. ohh ini memang aktiviti warm-up paling terkesan untuk semua otot-otot yang akan digunakan untuk berlari ;p
|
Ruby menepati tema larian (credit: Luvis) |
At 5pm lebih sikit, kami pon mulalah berlari. Sebelum start, Mr MC dah announced yang semua peserta akan dapat Medal bila dah tamatkan larian. Woahhhh, no pressure yo, i loike loike loike! Ohh lupa nak mention, larian ni 7km jer tapi adoiii jauh jugak tu. Seingat-ingatnya ada 2 kali bergaduh dengan bukit tinggi, yang lain flat. Tapi elok je lepas 2km kot hujan turun dengan selebat-lebatnya. Takut jugak sebenarnya bila hujan-hujan ni, jalan licin dan kereta seperti tidak ambil peduli keadaan orang yang berlari. Jadi kena sentiasa berhati-hati...
|
woahh saya dikalahkan Aunty ini.. tengok how strong she is and how SELOW i am? (credit: SoonChung) |
|
hanya TOP 20 sijil dalam plastic muahaahaa (credit: :Luvis) |
Pusing sana pusing sini lastnya dah sampai. I clocked in 40 minutes for e race and according to my not so canggih gadget, distance lebih kurang 6.53km. under-distance. tapi kalau dihitung-hitung macam agak laju lah jugak hehe dan saya rasa mungkin tenaga yang dibekalkan oleh nasi kandar tengah hari itu LoL. Aktiviti paling best lepas berlari..... Attack Van MILO!!!!! Awesomenya...orang tak ramai, memang bergelen lah air Milo tu kami minum *heaven*. Overall, ok lah berlari kat sini. Tapi kalau ramai orang mungkin juga akan menjadi huru-hara. So tu je kot, till my next post, toodles!!!
7 comments:
dah memang laju tu aini :) i like the medal, cantik laaa
oooo top 20 lah, kan since ada cert dlm plastik? Congrats!
& yeah, jgn membazir milo-milo dalam van itu. xD
KJ: medal dia mcm batch sekolah hehe, lain dari yang lain
lina: haha orang tak ramai pon agaknya 20 org je kot lol.. milo mmg tak boleh ditahan-tahan lah ;p
wahhh ada orang tu minum Milo tak hengat dunia...sampai kena suap dengan abang Milo! apakah rahsia anda?
Ray, well...... hanya orang-orang terpilih je dapat layanan VIP macam tu ngeee~
Sib baik Pakcik Singlet Biru xda.. else sure kne report polis pas ni.. :)
Arman, woahhhhh usah diingatkan pasal PSB kui kui kui ;p
Post a Comment