Tuesday, November 23, 2010

My first Half Marathon

~susah senang bersama~

Oh yeah, we are Half Marathon virgin no more...*yikes* lain macam jer bunyinye. Apa-apalah, as long as kamu semua tak putaq maksud asal oklah tu. As you all know, i just got back from Penang, running my first Half Marathon race@Penang Bridge International Marathon 2010. This is also my first time running on the longest bridge in Southeast Asia. Bila semuanya pun 1st time, so you can actually sense how nerve-wrecking it should be right? This race marks the longest race distance i've ever raced. Tak percaya kan? me neither. Running 10k pun dah rasa paling hebat dah, ini pulak 21k omagod, totally beyond my wildest dream. Teringat zaman dolu-dolu masa lari-lari inang@PJ Half Marathon siap cakap "mak aiii giler apa depa ni lari 21k, kita lari 10k pun dah capek. tu dululah, sekarang see the legs lahhh ;) hehe eksen siut.  So here's the report:

Pre-Race

Sampai Penang agak lambat around 5.45pm camtu (ada sebab lambat, akan ada satu post kejadian-kejadian sebelum dan selepas PBIM). Malam sebelum bertolak, tidur lambat sebab packing and stuff, dan paginya bangun awal so memang dah mengantuk. Dalam kereta plak tak tidur langsung sebab setiap kali nak tidur Miss E akan kacau dan kata "jangan tidur, nanti kat hotel lu payah nak tido nanti" yeahh rite Miss E. Maka tak tidolah kami. sampai apartment, gedebak gedebuk cousins semua dah terjun dalam swimming pool, kami pun dive atas katil dan bersedia nak memulakan acara merehatkan minda.  The first 10 minutes, senyap sunyi bilik tu kunun2 dah tidur... tiba2... 

Miss E: 'noani..noani..." 
Me: "iyer... (bunyi mcm malas nak layan)
Miss E: "bagus, saje nak check on lu jer kakak, wa takleh tido ar so baguslah wa pun takleh tido jugak"
Me: "ek eleh, tu je ker? kalau lu tak panggil wa tadi kompem dah tido!" 

Lepas tu puas berguling-guling takleh tido jugak... 7pm lil cousins semua dah naik, lagilah tak boleh nak tido. Cakap kat Miss E "ada yang tido tengah jalan jugak nanti". So dah tak tahu nak buat apa, apalagi karbo-loading lah. Just Mushroom soup+white bread. bijak bijak, kunun dah cukup sangatlah tu, taknak makan berat, takut tak larat nak lari nanti. adakah cukup bertahan tak lapar hingga 3am, TIDAK!!!!! Pukul 1am dah lapar sangat :(


Ok sambung, 11.45pm bertolaklah kami ke Queensbay dihantar oleh ayahanda & bonda tercinta. Saje gi awal, takut jalan tutup kena pusing ntah kemana-mana pulak. Dahlah masing-masing memang pening jalan kat penang ni hehe. Sampai Queensbay, mula-mula siap ada  lion dance parade. Ok cun nak amik gambar ni. stop kat tepi jalan nak keluarkan kamera dari bag. Agaknya singa terlebih excited  dan mungkin nak jadi singa peramah, depa datang kat kami tanpa diundang dan accidently disepuknya kepala aku ngan kepala dia. adoiii! nasib tak sakit  dan tiada benjol. kalau tak buruk gambar sepanjang PBIM ni. Hangin tol satu badan, terus simpan balik kamera, tak kuasa nak amik gambar singa. Miss E dah gelak macam tak hingat dunia, siap cakap "amboi-amboi  kak, awal-awal lagi dah ada drama, lom start race ni . jap lagi drama lagi dasyat kut..." Rasa nak sepuk jer si gemuk kecik ni hish, tunggu-tunggu nak tengok sapa yang buat drama. Next amik gambar kat board famous. Oh ini gambar wajib babe :)



Miss E and Uncle yang ajak bergambar sekali

Me with PBIM famous board

Lepas dah simpan balik camera, terus berjalan nak cari toilet. Luckily tak ramai sangat orang dan mobile toilet dia selesa, terang and wangi dengan ubat gegat.  Selesai first round, cari port bawah khemah nak pakai kasut, apply perskindol, check ipod etc. Masa ni perut dah start bunyi dah. Nasib baik ada extra Cadbury chocolate. Bedal jelah. Miss E sibuk nak habiskan satu botol Gatorade. Energy booster katanya. Everything check, visit Mr Loo for the second time. Lepas tu, deposit baggage and mula warm up sikit-sikit.  Lepak tepi jalan dapatlah tengok Full Marathon dilepaskan. Aduhaiiiii, masa ni kami dah sangat kecut perut. Tengah streching, jumpa Adznam n his friend Khairul. This is our first time meeting him, selama ni dok communicate dalam FB jer hehe. Later jumpa Ida, Fiza, Lily & Irina. Sebab minum banyak sangat air, Miss E gotta visit Mr Loo for the third time before start.  Lepas tu kami terus ke jalan besar nak tengok pelepasan  Mens-Half Marathon. ohhh lepas ni kami plak, ngeheeeeeriii!

Semasa Race

tepat 3.15am, kami dilepaskan. mulalah si dua beradik yang tak cukup training berlari-lari anak mencapai misi penting untuk tahun ni. nampak tak tagline atas tu  'susah senang bersama' oh itu ialah perjanjian berdarah yang telah dimeterai oleh the running sister for this race. So apa-apa jadi sepanjang larian kena sentiasa bersama. So the first 3km we ran quite excellent eventho miss E kinda nak lari laju and i have to remind her "oi kakak laju nampak, hang lupa ka jauh lagi nih?' sambil tersengih Miss E menjawab 'oh, lupa-lupa'. lari-lari kami berlari sampailah kami ke jambatan. Uiks masa nak sampai bridge, punyalah mengantuk , menguap sepanjang masa ni. lapar plak tu, memang tak tahan sungguh.


21k Race Route

Uish tengok bridge sejauh mata memandang rasa psycho giler. Enak-enak kami berlari tetiba Miss E tepuk,  "ada hairband tak?" *slapped forehead* Dari masa bersiap takde pulak nak, tengah berlari pulak minta hairband. Luciky my pocket doraemaon tu ada je simpan hairband extra. Kata Miss E,  "tetiba tak selesa lari rambut terbang-terbang (sambil buat muka seposen)". Terpaksa menslowkan larian untuk bagi Miss E  cari hairband dalam pouch, ni dah kacau pace dah ni. Pastu sambung lari balik, sampai after first water station angin dah mula bertiup sepoi-sepoi, best. Tetiba rasa gerimis, ohh takpe mungkin macam ni je kut land breeze effect. 

Lari lagi, suddenly just after the second water station, without warning  *kabooom* hujan turun dengan lebatnya. Selebat-lebat hujan. Nak berteduh, hurmm takde apa nak diteduhkan atas jambatan tu plus hujan macam ni memang lambat nak berhenti, nak patah balik pun akan basah jugak dan dah lari lebih 7km pun  memang tak berbaloi nak pusing balik. So mahu atau tidak, redah jelah.  Apalah nasib dahlah first time nak lari 21k, first time lari Penang Bridge, dan first time jugaklah lari dalam hujan lebat *huwaaaaa*. tapi syukur,  hujan ni telah menghilangkan perasaan ngantuks tapiiiiiiiii makin LAPAR! Remember that the last meal we had is mushroom soup and it is not enough.  Bad choice! Lepas ni we know at least kena belasah pasta or anything but mushroom soup+white bread. Tetiba teringat, Ipod!!! Habislah hujan ni mahu rosak gadjetku ini. tawakkal je lah. selagi ada dengar music maksudnya oklah tu. Kalau dah senyap tu, alamat petanda buruk akan berlaku.

U-turn at km2.8 (about 12km). Tengok jam, baru 1jam 04mins. wow the fastest 12k we've ever ran. Elok je U-turn, lari mengadap hujan turun. MasyaAllah, rasa air cucuk muka sakit btol. Miss E siap air hujan masuk dalam lense so memang kabur lah sekejap haha.The next water station memang jauh sikit. Taoi syioks kat water station memang tak kedekut air. If only lah larat nak lari bawa backpack mesti syioks *wink wink*.
Water Stations

Maybe because tak biasa lari dalam hujan kaki dah mula rasa sengal-sengal and a bit pain@archilles area. But i know, i have to bare the pain as if i decide to walk at this distance, belum tentu sakit hilang plus there's no way i could finish the race in 3.5hrs. tahanlah sakit sikit, dengan harapan sat-sat lagi sakit hilang. Tiba-tiba sedar Miss E takde kat sebelah. ehhh??? Pusing belakang i tgk miss E muka mcm struggle. I tanya 'apsal slow sangat?'  "sakit giler kaki wey".  Rupanya kaki dia dah macam nak cramp so tak boleh langsung lari laju sikit. Jadi terpaksalah slow bersama-sama Miss E bak dijanji susah senang bersama. Masa ni rasa hebat sebab boleh lari lagi laju dari Miss E even sendiri pun sakit kaki jugak ngehehe. Maka 10k seterusnya memang seksa for Miss E tapi  seronok bila kami yang slow ni pun berjaya memintas ramai lelaki-lelaki yang dah berlepas dulu weheeee.

Bila dah lari slow memang macam-macam perangai orang yang boleh nampak atas bridge tu. Yang buang hajat kat belakang lori, yang berjalan lenggang kangkung, yang terduduk tengah jalan, segala macam lah. Tapi yang tak tahan tengah-tengah berlari tu, siap ada bau kents. Kalau bridge yang luas tu boleh bau kents,memang confirm busuk gilerlah kan. tengok kiri kanan semua buat muka tak reti jer. yelah sape nak pancung kepala sendiri untuk mengaku kan? hahaha

After 19km, Miss E dah memang sudah mula berjalan. Lari 5-6 langkah, jalan balik. Kalau tak sabar memang dah aku tinggalkan je budak ni. Terus memotivasikan Miss E. Tiba-tiba dengar azan Subuh. aiks kul bape dah ni? tengok jam dah dekat kul 6am. Mak aihhhh ni ada lagi 30 mins jer lagi, sempat ke tak ni? Karang ada yang menangis dah lari jauh-jauh tak dapat medal plak. Penting oooo medal ni. Terus cakap kat Miss E "tahan sikit sakit tu, lu nak nangis ke melalak ke tak kisah tapi dari sini kena lari sampai abis, no jalan-jalan. karang kalau tak dapat medal, lu lagi menangis mcm giler. jom."

Maka Miss E pun mengikut kata kakak walaupun air mata dah menitis-nitis. Terus kami berlari sampai abis.  Alhamdullilah, berjaya juga sampai ke garisan penamat. We did it!  Our very first Half Marathon yaw! Bangga giler ok, Tengok timing 3hrs 15 mins fuhhh sikit lagi nak terkandas. kalau tidak frust tertongeng ler jawabnya. Si Miss E ni boleh plak berlari sampai abis. saikooo kan kau ni minah. 

Post Race


Ambil medal, grab luggage dan terus gi sambar Fitness n Milo. Huru-haranya masa nak ambil bag, dengan si 10k runners yang sibuk buat kecoh kat situ rasa nak sepuk jer. Dahlah kaki menggeletar memang tension weh. Miss E mmg give up. tak ikut langsung amik bag, sambung layan meratip hiba kat kerusi haha. Dapat je bag, nak tukar kasut,  wowww memang banyak giler blister, pedih nak mampos. peha pun abis tersagat sikit.  Inilah akibat berlari dengan baju basah lencun dalam hujan. pastu ingat nak g amik fitness lagi, panggil2 miss E, ek eleh, dia boleh bantai tido plak. 

miss E tidoq lena


Hangin btol. Terpaksalah tunggu minah ni bangun sebelum gi amik makanan lagi. 7.30am, baru minah bangun. Cepat-cepat g rembat fitness & milo lagi.  Suddenly rasa macam ramai sgt org... Oh i see, 10k runners dah sampai.  Dah rehat-rehat kami pun memulakan langkah nak balik sambil bergambar lagi. Sebenornya, keterujaan nak bergambar takdelah high sangat,penat btol. Maklumlah dah 24jam tak tido. Gaya ala zombie gitu. Ingat nak bergmabar dgn CAR tapi sampai sudah tak jumpa-jumpa.

Good Morning

exabytes board


medal tak tinggal

nice kan?

dengan medal lagi


Next nak ambil gambar dekat pintu gerbang. Me first....




Then Miss E.....

ops sibuklah mamat payung ni,lagi sekali

kena kacau lagi, muka dah tension :)

finally.. yeay!


us

Sebelum balik dapat mesej from adznam kata ni ramai geng-geng tengah melepak kat kedai mamak. Maka ke situlah kami tuju. Service  kedainya, mak datuk superslow giler. Rasanya all org kedai tu nervous kut tetiba ramai giler org dtg serbu kedai dia. Lama punya tunggu, Miss E nampak sorang datang pegang gelas, trus dia panggil "nak order"... I macam nampak lain macam, terus cakap kat Miss E "eh, u yakin ke tu tukang amik order". Belum sempat Miss E nak jawab, sekali mamat pegang cawan tu trus duduk kat meja blkg... 

Rupanya dia pun customer.. apalagi berderai perut kami gelak. Nasib tak terbalik meja jer. Uncle tu mestilah malu kan orang ingat dia budak amik order, siap kawan-kawan uncle tu pun gelakkan dia juga. Sorry uncle, tak sengaja. Mengikut kata kawan-kawan uncle tu, dia tu owner Nasi Kandar Line Clear tapi tatau ar fakta ke auta. Miss E miss E. *Arina, dia buat dah*  Lepas tu uncle-uncle belakang tu tolong kami panggil mamat kedai. At last dapat juga air kami. Borak-borak jap, 10.30am nak amik cab balik Feringgi. 



muka tak boleh blah hehe

raining still

running gang

Sabar jelah, kat Penang taxi tak reti pakai meter. Bayangkan from Queensbay to Feringgi, the taxi uncle charged us RM60.. adoi nasib aku dah penat malas nak naik bas, dan jalan tutup kalau tak mmg aku naik bas atau minta abah dtg amik *sigh*. Oh btw, the official result is out. Ini result penat gigih kami...


Me
Official Time: 2: 57: 31
Net Time: 2:57:18
Rank Mix: 586/1139
Rank Category: 395/861
Rank Overall (HM): 3261/5331


Miss E
Official Time: 2: 57: 31
Net Time: 2:57:18
Rank Mix: 587/1139
Rank Category: 396/861
Rank Overall (HM): 3262/5331

Cayalah, tak sampai 3 hours tu.. Good job Miss E. Kalau tak sakit, 2:40 pun boleh tu ngehehee.  So begitulah sedikit sebanyak al kisah race kami ni. Apapun drama yang jadi,  we had FUN!  very tough race and alhamdullilah we've made it. InsyaAllah more 21k to come. Hurm my next HM will be in 2 weeks *panik*. Alamak tertinggal, kejadian yang paling sakit hati untuk hari hari tu ialah.... setelah berhempas pulas berlari 2 jam 57 minit, Miss E punya ipod pedometer showed




while mine...

geramnya grrrrr


oh yer, in case kalau u guys tertanya-tanya, ini sahajalah hasil race kali ini :D






until my next post, toodles!

4 comments:

ruby said...

hahaha.. syiok bace race report u.. ;)

i pun terkena gak kat kedai mamak tu.. punyerlah penat order milo ais, sampai ke sudah xdapat.. mmg slow giler..

gud job to both of u.. :)

Luvly Me said...

hehe race yang penuh dengan kebengongan dua beradik..

tulah kan, memang super slow kedai tu.. thanks for d wish :)

RaYzeef said...

congrats aini dan asyikin, berjaya tamatkan HM yg pertama. Pasti akan dikenang sampai tua..he he

wah inilah entri yg paling pjg agaknya, lepas ni rajin2 buat LSD, your timing will get better trust me, and gudluck at SCMS :)

Luvly Me said...

thanks bro, memang akan dikenang sampai bila-bila :)

oh yes, this is the longest entry i've ever post hehe. Tulah nak buat LSD tapi xde gang yang boleh tahan i yang slow ni tapi lepas ni confirm kena selalu LSD jugak. After SCMS i akan cari kaki for LSD. thanks for the tips yer.

i'll see u @ SCMS and gudluck to you too ;)

 
design by suckmylolly.com