Friday, February 17, 2012

Prelude: Deb's Maiden 50km Ultra Race

Hello peeps.. sorry for keeping you waiting for my Ultra report *wink* (macam ada je yang tunggu kan? perasaan okay).  Ramai yang tanya macam mana saya boleh terjebak dalam The North Face Thailand 2012 ini? Let’s the story begin…

Intro

Alkisahnya, masa mula-mula orang bercakap pasal TNF Thailand, I couldn’t even bother at all. First, trail running at that time wasn’t really my cup of tea, setiap kali nak lari kat FRIM pasti akan menyebabkan kegemuruhan terlampau ekekeke, keduanya mendengar cerita mereka-mereka yang berlari di TNF Singapore, hmmm mmglah saya kirim salam saja pada edisi TNF ini. One fine day,  saya dapat email dari Irina dan Lily bertanyakan adakah saya mahu menyertai TNF Thailand? Betapa gigihnya Lily, siap ada budget bagai ok. Saya hanya menjawab "I’ll think about it ya". Ok bila nak masuk TNF perlu fikirkan partner, dan siapalah nak partner dengan saya kan? Ruby tak mahu pergi, Lily bersama Azhar dan Irina hanya mahu masuk 25km sahaja huhhuu, tapi takpe banyak lagi masa nak fikir.

Selepas beberapa ketika, saya sudah mula 'ter-excited' dengan event ini. Boleh dikatakan hampir setiap hari menatap dan membaca segala-gala pasal race ini *psycho i know*.  Lebih-lebih lagi apabila membaca part routenya  ‘30% trail, 70% road”. Sounds doable though. Now all i need is a partner-in-crime. Akhirnya, I managed to persuade Irina to be my dear partner for 100km women's duo category  yang bermaksud kami bersama-sama lari 50km yo *yeay*. Jadi itulah plan awalnya, dan disebabkan tarikh tutup lama lagi jadi kami semua pon  melengahkan proses pendaftaran.

Hari berganti hari, senyap saje pasal TNF, tiada sesiapa pon membuka cerita pasal trip ini sehinggalah satu hari Lily memberitahu dia dan Aa tak jadi pergi *huhuuu*, Irina on a different note still 50-50 untuk pergi race ini *saya berdebar*. A few days later, Irina pun memaklumkan ketidakpergian ke TNF, reason – dia nak prepare untuk Tokyo Marathon  yang akan dilarikan beliau hujung February *hatisayahancurberkecai*. Saya sudah amat excited! Ok apa kata saya pergi sendiri? hmm seperti boleh je kan? ;p



Bertanyakan beberapa pendapat rakan-rakan, dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk register kategori 50km women solo. Thank God TNF Thailand ada kategori solo kalau tak adoiii memang sampai sudah tak kutemu partner. Mula-mula book hotel (bilik limited, jadi kena cepat), pastu baru flight dan last sekali baru register event hehehe. Lepas dah register, there's no turning back babeh.. kenalah training huhuhuuu


Training

Typical Aini Kasim memang sangat tak rajin training ;p  tapi amazingly untuk TNF ini saya menjadi amat rajin *sungguh*. For 2 months, weekends are all occupied with training –  berlsd or kadang-kadang sekadar berdansa di gym lol, janji keluar peluh ;p FRIM yang mendebarkan itu dilawati hampir setiap Sabtu *kagum*. Seriously, it is not the actual race itself, but the training that is the hardest part of running this race.

solo FRIM lsd

FRIM lagi.. this is a day after Larian Bukit Tangga so jalanlah banyak hehe (credit: Ijam)

Kira memang  sangat rajinlah berbanding dengan 6 marathon yang dah lari tahun lepas. But still, saya masih gagal nak buat lsd 30km huhu Paling jauh pun 25km sahaja (okey, akan berusaha gigih lagi lepas ini). Trail pulak selain FRIM, saya pergi Bukit Gasing dan hiking @ Bukit Kutu. Semua sesi latihan ini tidaklah wow sangat (wow only at my dark tanned skin), cuma saya berdoa agar ia cukup untuk saya bertahan berlari 50km itu sahaja *Amin*. 
Hill Training kunun kat Bukit Gasing *love you all*

Pre-Race

Jumaat: Berbekalkan tido hanya 1 jam, I woke up at 2.30am to get myself ready to the airport as I’m taking the earliest flight to Bangkok. Reached LCCT at around 4.30am, check-in dan makan nasi lemak dengan Ijam, Ms M and Yim. Adakah saya nervous pada masa ini?? Sangat!!! In fact, dah gigil dari sepanjang minggu lagi tapi masih bisa mengawal lagi debaran ini hehe 

at LCCT with Yim n Ijam
BKK Airport with Ian, Dan, Deo,Yim n Ijam (tukang amik gambar)

Flight tak delay *lega*, jadi sampai BKK Airport terus berjumpa Deo, Dan & Ian ke Amphawa dengan chartered van. It took us  about 2 hours  to get to Amphawa from BKK Airport. Sempat je nak tido kalau nak hehe. Straight ke hotel penginapan kami Malida Resort, resort ni kecik je tapi sangat best!!


apalah yang saya kaypohkan tu?
Malida Resort
Lepas check in,  rehat kejap then off we go to Kaew Charoen Temple untuk collect bib. Amboii berdebar lagi ok.. oh just before ambil bib, I went to see the participant lists and guess what???? There’s only 16 participants for my category. what???? 16 only???? *pengsan* - terus terbayang episod Putrajaya Night Marathon hua hua hua... 

mula-mula lompat just in case esok tak larat dah nak jump pose ;p

registration

timing chip - checked!

C - 457 ready to rock Amphawa ahaks ;p
bersama bib masing-masing
16 orang je *pengsan*

Lepas pick-up bib, sesi makanlah apa lagi, masing-masing dah kelaparan – oh hidangannya sangat lazat!!!!!

Tom Yum Goong

Soft Shell Crab Meat Omelette


Lepas makan, tengok jam seperti lama lagi nak dengar briefing. So we decided to take a stroll to Amphawa Floating Market.  How to get there?? jeng..... taxi boat babeh!!!! Memang meletops!!!


 
sementara tunggu taxi sampai

our taxi is here
syioks!


Sampai floating market, sangat seronok meronda hingga lupa diri ada briefing, if only briefing tu tak compulsary pasti tak balik lagi kami ni semua.. 2 jam memang tak cukup!! 

yeay!!!!
beautiful place
at the market

Next, dengan boat yang sama kami ke Baan Platubtim Resort. Sampai lambat 10minit (akibat kes berjalan tak ingat masa) dan briefing pon dah start. So diorang brief everything pasal race tapi bila part Route Map, memang saya lost! organizer cakap ada potong route tu, potong route ini haiyooo memang pening. According to the organizer, there will be sufficient markers tomorrow, sumpah saya berharap kata-kata itu benar sebab ada probability saya akan berlari sorang dan hanya pada markers je tempat ku bergantung arah panduan esok agar tak sesat *finger cross*. 

take note on item #5 :)

Saya tak tahulah diorang ni semua nervous ke tak sebenarnya. Masing-masing punya muka rilek macam gaya macam nak lari 10km je esok. Although I'm superbly nervous tapi masih lagi boleh tersengih sana sini. Siap Ijam ada hati nak pergi tengok fireflies ok lepas dengar briefing. Borak-borak dengan Ian, pastu Ian tanya “Aini, did you realised that we are  going to run 50km tomorrow?”, I replied "yeap" gulps. Ian sambung "and you know kan 50km is a big thing?" Saya jawab "50km tu Ian, of courselah bukan benda kecik huhu". Ian tambah "hah tulah, tapi sebab ramai sangat orang buat 100km, 50km ni nampak dekat je nak lari" aiyoo yoo terus saya menggelabah. Dari tak rasa letih sangat terus rasa nak tido time tu jugak dan maka aktiviti tengok kelip-kelip dibatalkan. Sorry Ijam, next time okay ;p

khusyuk kunun
muka happy (credit: Mohan)

CAR @ Amphawa
oh ni ramai sikit (credit: Mohan)
Lepas briefing, singgah 7-Eleven untuk membeli apa-apa yang patut. Balik resort, mandi, siapkan segala kelengkapan untuk race, makan 2 keping raisins bread for dinner and wallah, sudah bersedia untuk tidur. Have a little chat with Ms E and Ruby before sleep, akak tengah gemuruh wey jadi at least dapat jugak menenangkan jantung dengan lawak-lawak sengal diorang ni hahahaha  By 10.30am saya sudah tertidur dan berdoa semoga semuanya sukses esok......

tbc

3 comments:

Julin Julai said...

la..ada kontiniu pulak..

Luvly Me said...

Julin, tak sempat nak habiskan write up..so kena sambung balik nanti hehe

Deo said...

Adoi... continue lah pulak... baru sedap baca your amazingly story ni... kemon kemon cepat sambung, dah seminggu ni....

 
design by suckmylolly.com